
Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk anda berjaya. Jika di Universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak, teori yang banyak, tenaga muda yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta di suapkan.
Jika adik-adik tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, jangan pula fikirkan soal kelulusan. Apa salahnya menceburi bidang kerjaya dan perniagaan kecil-kecilan ini yang masih luas peluangnya. " Untuk hidup berjaya, orang melayu mesti berubah dan berniaga".
Y.B.Datuk Japlin Hj.Akim,
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Merangkap Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment