Sunday, March 4, 2007

Hantar E-mel Melalui Telefon Bimbit







KEBANYAKAN telefon bimbit yang dikategorikan sebagai Telefon Pintar mempunyai kemudahan untuk menerima dan menghantar e-mel. Namun kebanyakan pemiliknya tidak menggunakan kemudahan itu.


Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana pengunaan kemudahan itu tidak menjadi tanggungjawab pembekal kemudahan, terpulang kepada pengguna untuk menggunakan kemudahan itu.

Sebenarnya tidak sukar untuk membolehkan pengguna menggunakan kemudahan itu.

Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui sebelum e-mel boleh dibaca di telefon bimbit.

1. Alamat pelayan penerimaan e-mel [WINDOWS-1252?]– POP Server

2. Alamat pelayan untuk menghantar e-mel [WINDOWS-1252?]– SMTP Server

Alamat POP Server [WINDOWS-1252?]– POP Server atau Post Office Protocol Server adalah lokasi bagi semua e-mel yang dialamatkan kepada kita. E-mel itu akan disimpan di sana sehingga ia dicapai menggunakan perisian seperti Outlook atau Foxmail.

Jika masukkan maklumat alamat POP ini di telefon bimbit dan yang mempunyai kemudahan sambungan ke Internet seperti GPRS, EDGE atau 3G, secara tidak langsung boleh mencapai dan membaca e-mel menggunakan telefon bimbit.

Alamat pelayan POP biasanya boleh diteka daripada alamat e-mel. Sebagai contoh jika alamat e-mel anda adalah nama@syarikat.com.my maka alamat pelayan POP anda kemungkinan besarnya adalah pop.syarikat.com.my.

Dengan memasukkan maklumat ini di dalam telefon bimbit berserta dengan kata laluan, anda boleh membaca e-mel yang tersimpan di dalam pelayan POP melalui telefon bimbit.

Jika ingin membalas e-mel atau menghantar e-mel yang baru, anda perlu tahu alamat pelayan penghantaran pula. Alamat pelayan penghantaran boleh diteka berdasarkan alamat e-mel anda.

Jika alamat e-mel adalah nama@syarikat.com.my, maka alamat pelayan SMTP anda kemungkinan besarnya adalah smtp.syarikat.com.my.

Masukkan maklumat SMTP itu ke dalam ruang pelayan penghantar e-mel di dalam telefon bimbit berserta dengan kata laluannya, dan anda akan dapat menghantar e-mel terus dari telefon bimbit.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan alamat POP dan SMTP atau syarikat anda tidak membenarkan SMTP dicapai dari luar, saya cadangkan anda menggunakan kemudahan e-mel percuma gmail.

Jika anda mempunyai akaun Gmail, alamat POP dan SMTP adalah:

POP : pop.gmail.com port 995

SMTP : smtp.gmail.com port 465

Anda mungkin perlukan maklumat tambahan bergantung kepada jenis telefon bimbit, antara maklumat tambahan itu ialah:

Untuk menerima e-mel:

Mailboxes - yourname@gmail.com - Incoming email - User name: yourname@gmail.com

Password: kata laluan Gmail anda

Incoming mail serv: pop.gmail.com

Access point in use: Always ask

Mailbox name: yourname@gmail.com

Mailbox type: POP3

Security (ports): SSL/TLS

Port: (user defined) 995

APOP secure login: Off –

Untuk menghantar e-mel:

My e-mail address: yourname@gmail.com

User name: yourname@gmail.com

Password: kata laluan Gmail anda

Outgoing mail serv.: smtp.gmail.com

Access point in use: Always ask

Security (ports): StartTLS

Port: (user defined) 465

Sebelum anda mencapai akaun Gmail menggunakan telefon bimbit, pastikan kemudahan capaian melalui POP di akaun Gmail diaktifkan dengan memilih settings>Forwarding and POP> Pilih

Enable POP only for mail that arrives from now on

Jangan lupa menekan Save Changes. Jika anda tidak mempunyai akaun gmail, anda boleh memperolehi akaun gmail dengan menghantar SMS, taip: GMAIL DAFTAR [alamat email anda sekarang] hantar ke DAPAT|32728.

Selepas mempunyai alamat e-mel gmail, anda hanya perlu lencungkan semua emel ke akaun gmail baru agar ia boleh dicapai menggunakan telefon bimbit.

No comments: