Saturday, March 3, 2007

Penerangan Penuh tentang Kerjaya Di Bidang Ini

TAHNIAH! Anda telah memulakan langkah untuk MEMBEBASKAN MASALAH KEWANGAN anda dan TERIMA KASIH kerana berminat dengan KERJAYA dan KERJAYA SEPARUH MASA ini!



PERNIAGAAN ini telah dilancarkan pada 15 JUN 2005 yang lalu oleh MSPC System (Malaysia) Sdn.Bhd. Ia adalah salah satu program PERNIAGAAN PREPAID KAD MELALUI SMS yang telah dilancarkan oleh MSPC SYSTEM (MALAYSIA) SDN.BHD.


MSPC System Sdn.Bhd. adalah sebuah syarikat yang KUKUH dan ia telah menyambut ULANG TAHUN KE 25 ( Jubli Perak ) pada bulan April 2006 yang lepas. Dan telah mendapat LESEN PERNIAGAAN. Lesen ini telah DIKELUARKAN DAN DILULUSKAN oleh KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI & HAL EHWAL PENGUNA (KPDN & HEP).





PENGENALAN PERNIAGAAN SYARIKAT


PERNIAGAAN MENYEWA SERVER dan MENJUAL KAD PREPAID. Program 2 DALAM 1. Maksudnya jika anda menyertai KERJAYA ini, anda akan mendapat 2 peluang untuk MENJANA PENDAPATAN secara serentak!

Anda boleh memilih KEDUA-DUANYA SEKALI jika anda mampu atau anda boleh pilih salah satu dari keduanya ( Tak ada Paksaan). Jika anda berminat untuk MENJUAL KAD SAHAJA, anda boleh menjana pendapatan melalui UNTUNG RUNCIT.


Anda tidak perlu mencari downline atau menaja orang lain. Cukup setakat menjual kad mengikut modal yang anda mampu. Jadi tak ada masalah nak tunggu dan tangguh kepada sesiapa yang ingin menceburi perniagaan lagi!

Kedua, jika anda ingin mendapat KEUNTUNGAN LEBIH BESAR, anda boleh MENCARI DOWNLINE untuk menyewa server syarikat. 3 BONUS HEBAT menjadi rebutan! INI SEBENARNYA YANG PERLU ANDA REBUT!

Sistem ini adalah Sistem Randomizer yang pada saat ini sangat hangat digunakan di dunia internet sebagai salah satu Mesin Penjana Wang hebat. Anda mendapat peluang yang besar untuk memperolehi pendapatan tanpa harus melakukan promosi. Kerana segala kos promosi di akhbar-akhbar tempatan mahu pun di negara Indonesia telah kami laburkan. Kita sedia maklum bahawasanya PROMOSI adalah suatu kerja yang agak meletihkan dan biasanya memerlukan perbelanjaan yang banyak.


Namun dengan adanya sistem yang hebat ini, anda sebenarnya tidak perlu melakukan promosi untuk mendapatkan wang kerana semuanya dilakukan dengan secara automatik. Apa yang perlu anda lakukan hanya memberitahu rakan-rakan, saudara-mara, ibubapa dan insan-insan yang anda sayangi untuk mendaftar di bawah kumpulan kami dan kami akan menyusun downline untuk anda. Benar. Tanpa membayar terlebih dahulu anda boleh mendapat tempat terawal dengan hanya mendaftar dengan sistem kami. Sistem ini telah berjaya menarik minat orang ramai dan dibanjiri oleh pendaftar-pendaftar baru tidak kira samada rakyat daripada negara Malaysia dan Indonesia kerana anda tidak perlu membayar terlebih dahulu.


Sistem ini akan berjalan dengan sendirinya dan setelah anda benar-benar layak untuk mendapatkan Bonus Tunai dan Bonus Kad Prepaid atau Pulsa...barulah pihak pengurusan kami akan menghubungi anda untuk membayar yuran keahlian. Sistem akan kemaskini akaun anda setiap jam 12.58 malam. Anda akan menerima sms yang anda telah menerima Bonus Tunai! Bonus Kad Prepaid percuma anda boleh dilihat apabila anda login ke e-akaun anda melalui website. Inilah kehebatan di zaman era teknologi di mana anda tak perlu keluar mencari pelanggan kerana ia telah dilakukan oleh sistem ini dengan hanya menggunakan internet. Ini semua tak pernah ada di zaman nenek moyang kita dahulu. Jadi rebutlah peluang ini tanpa berlengah lagi! Jangan lepaskan peluang anda menjana pendapatan lebih-lebih lagi melalui internet yang dapat memberi maklumat dengan pantas ini.







BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN KERJAYA ANDA INI?



MUDAH & CEPAT. Anda boleh mendaftar melalui SMS. Ini adalah cara paling mudah dan pantas. Jika anda mempunyai talian intenet, anda juga boleh mendaftar terus secara online..atau jika anda tidak pandai SMS dan tidak pandai internet, anda boleh mendaftar menggunakan borang seperti cara biasa. (Hubungi agen anda untuk mendapatkan borang).

Anda TIDAK PERLU ADA INTERNET. Anda tidak perlu PANDAI INTERNET ataupun KOMPUTER. Terpulang kepada anda untuk mendaftar melalui cara biasa atau cara terkini. Tetapi sebenarnya untuk mempelajari menggunakan INTERNET tak lah susah sangat..seperti menekan ASTRO di rumah anda...

Seterusnya, setiap ahli DIWAJIBKAN untuk MENYEWA SERVER syarikat selama setahun. Yuran sewaan adalah RM99.00 SETIAP TAHUN SAHAJA.(SEBULAN CUMA RM8.25 SAHAJA) sudah tentu anda mampu kan?. Ini dikira sebagai yuran pendaftaran anda.

Dan ini perlu diperbaharui SETIAP TAHUN untuk anda mendapatkan BONUS setiap tahun. Mana-mana ahli yang GAGAL memperbaharui sewaan mereka, semua BONUS yang pernah diterimanya pada tahun sebelumnya TIDAK AKAN DIBERIKAN kembali untuk tahun berikutnya.


Kenapa perlu bayar sewa server RM99.00..ini kerana untuk SEWA SERVER syarikat. Selepas ahli membayar RM99.00, telefon bimbit mereka akan disambungkan ke server syarikat. Apa yang ada di dalam server syarikat??


Di sinilah anda akan disambungkan dengan simpanan stok semua kad prepaid yang boleh anda ambil 24 JAM tanpa henti. Nilai 1 server syarikat ini adalah RM400,000.00 dan pada masa ini syarikat mempunyai 4 buah serner yang mampu untuk membekalkan kad-kad prepaid kepada semua ahli di seluruh Malaysia dan Indonesia dalam masa 24 jam termasuk ketika cuti umum!


Yuran server adalah seperti yuran sewa talian telefon rumah atau pun ASTRO. Selepas anda membayar sewa telefon 24 jam, anda boleh membuat panggilan ke seluruh Malaysia dan jika anda inginkan panggilan antarabangsa anda perlu melanggan talian antarabangsa pula.


Dan begitu juga dengan ASTRO, selepas penyambungan anda boleh menonton mana -mana saluran yang anda sewa 24 jam. Anda tengok atau tidak tengok ASTRO, anda tetap dikenakan bayaran minima RM50.00 SEBULAN ( ada ke yang RM50 sebulan?).


Kalau sebulan TV anda rosak, anda tetap perlu bayar kepada ASTRO RM50.00 untuk sewa sebulan. Ini samalah juga dengan PERNIAGAAN INI. Anda beli atau tidak, anda tetap perlu membayar sewa TAHUNAN sebanyak RM99.00 SAHAJA. RM99 setahun dan sebulan hanyalah RM8.25 sahaja yang perlu anda bayar.


Tap apalah ada hal, jika anda mampu mendapatkan pendapatan sehingga RM225.00 SEHARI. RM8.25 tu senang-senang saja anda boleh bayar sebenarnya!. Malah bukan untuk sehari, tapi SEBULAN RM8.25 inilah MODAL anda SEBULAN atau boleh dipanggil RISIKO yang perlu anda bayar untuk PERNIAGAAN INI.


Jika anda ingin membuka KEDAI MENJUAL KAD PREPAID seperti di kaki-kaki lima, MODALNYA adalah lebih tinggi lagi. Mungkin serendah RM500.00 sebulan, mungkin RM700.00 sebuln dan lebih lagi sebenarnya..itu baru KOS SEWA KEDAI! dan belum termasuk kos pekerja, elektrik, air dan modal pusingan.


Tetapi berbeza dengan PERNIAGAAN INI, anda tak perlu MODAL PREMIS, tak perlu SIMPAN STOK. Tidak perlu LESEN PERNIAGAAN SENDIRI tettapi setelah anda telah yakin dan mendapat modal yang banyak daripada hasil perniagaan ini, kedai pun anda boleh miliki!. Seperti saya yang bermula daripada perniagaan kecil-kecilan smile


Buat pemulaan perniagaan anda ini biarlah secara kecil-kecilan dan risiko pula kurang dan berkat kesabaran anda pasti tak sampai setahun anda akan melihat pendapatan anda bertambah dan terus bertambah!..saya sendiri mengalaminya dan sekarangn ini saya masih meneruskan kerja saya seperti biasa..tetapi yang berubah adalah pendapatan saya!. " Just DO It "


Semua ini anda dapat lakukan DIMANA -MANA SAHAJA dan PADA BILA-BILA MASA hanya dari TELEFON BIMBIT anda..hebat kan?


Dan anda HANYA BAYAR KAD YANG TERJUAL sahaja. Tidak ada RISIKO kad yang TIDAK TERJUAL. Tidak ada RISIKO KAD ROSAK, tidak ada RISIKO kad tamat tempoh, KAD HILANG atau DICURI. Kini anda BEBAS memulakan perniagaan tanpa perlu banyak MENANGGUNG RISIKO..hati jadi tenang dan senang..Duit datang bertandang! wink






JUAL-BELI PREPAID KAD.



Adakah anda berminat menjadi penjual Prepaid Kad? Jika jawapanya "YA" Anda boleh lakukanya bersama kami. Komisyen jualan sehingga 10% dari harga kad.

Semua prepaid kad tersedia untuk dijual. tidak kira apa yang anda gunakan seperti Maxis, Celcom atau DIGI. Anda dibenarkan membeli kad selain dari talian yang sedang anda gunakan( Kalau tidak macam mana nak menjual kan?). Jika anda memakai TALIAN TETAP..jangan risau..anda juga LAYAK untuk membeli kad dan menyertai perniagaan ini..






BAGAIMANA UNTUK MENJUAL KAD?



Anda perlu memasukkan MODAL terlebih dahulu ke dalam akaun syarikat. Berapa yang perlu dimasukkan? Terpulang kepada anda. Jika anda hanya mampu sebanyak RM 50.00..Anda boleh MODALKAN dahulu RM50.00 ke akaun syarikat dan perniagaan anda pun telah bermula dari serendah RM50.00. Anda boleh meminta apa-apa prepaid kad sahaja dari nilai RM10 sehinggalah kad bernilai RM50.


Sebagai contoh, anda membeli kad celcom RM30. AKAUN TUNAI anda akan ditolak RM28.20 ( harga diskaun adalah tertakluk kepada perubahan). Dan anda boleh jual semula kepada rakan sepejabat, teman-teman dan anda pada HARGA SEBENAR SEPERTI DI KEDAI RM30.00. Dari sini anda telah mendapat KEUNTUNGAN RUNCIT SEBANYAK RM1.80.


Jika anda mampu menjual 10 kad seminggu, UNTUNG RUNCIT anda boleh mencapai RM18.00 seminggu atau RM72.00 sebulan, Banyak ke? Boleh la tambah-tambah selepas itu.


Tanyalah diri anda sendiri berapa yang anda mampu jualkan? tak ada paksaan.. jika banyak yang terjual, lebih banyak lagi untung anda .Jikalau modal anda telah habis, anda boleh masukkan lagi MODAL anda ke AKAUN TUNAI anda.






BONUS KAD PERCUMA



Sebelum anda memulakan langkah untuk mengejar KOMISYEN JUALAN. Cuba anda lihat apa yang kami tawarkan LEBIH DARI KOMISEN di atas. Anda berminat untuk mendapatkan KAD PERCUMA setiap bulan? Setiap bulan kad bernilai RM30.00 boleh anda ambil saja dari server syarikat secara PERCUMA. Okey tak? Cukup tak RM30.00 sebulan? Nak?


Syarikat AMAT BERBESAR HATI untuk memberikan anda KAD PERCUMA ini jika anda mahu membantu syarikat dan diri anda sendiri untuk mencari pelanggan baru untuk kami..kerana setiap kerja yang kita usahakan tetap akan mendapat ganjaran..seperti kita kerja tak kira la apa kerja pun..setiap hujung bulan tentu kita memperolehi ganjaranya kan..setuju kan? smile


Syaratnya mudah saja..Adakah anda ramai kawan? Adik beradik? sedara mara? atau pelanggan anda dari pelbagai bidang?..Hanya 2 orang sahaja yang perlu anda cari dan kenalkan sahaja untuk mendapatkan kad reload anda Bernilai Rm30.00 setiap sebulan selama setahun! Wow..smile


Anda boleh terangkan kepada rakan anda atau adik beradik tadi, dan ajak mereka MENYEWA SERVER syarikat seperti mana anda. Mereka tak perlu menjual jika mereka tak mahu menjual..jangan paksa mereka..hormati hak mereka…tetapi cukup hanya pakai untuk diri sendiri sahaja sebagai KEMUDAHAN dan mendapat DISKAUN.


Mereka boleh beli apa-apa kad pada harga diskaun dan boleh membeli bila-bila masa di mana jua dari handpone. Terangkan kepada mereka kerana yang betulnya JIMAT MASA dan JIMAT TENAGA DAN PETROL!. Dah tak perlu nak keluar rumah mencari kedai-kedai prepaid lebih2 lagi kalau rumah kita jauh dari kedai handpone.


Kalau tengah malam, hujan lebat lagi. Rasa satu penyeksaan untuk keluar rumah. Kalau terkena pula habis prepaid kat kampong langsung tak ada kedai jual kad prepaid pulak lagi haru..( sebab saya pernah mengalami situasi ini) dan semua ini KEMUDAHAN yang kawan2 anda dan anda dapatkan melalui syarikat yang berprestij ini. smile

Dan jikalau mereka nak percuma kad RM30.00 seperti anda selama setahun ..mereka kenalah bekerja sedikit iaitu memperkenalkan kepada 2 orang pelanggan baru kepada syarikat juga.


Okey, cukup 2 orang yang menyewa..ini bermakna anda telah mempunyai 1 PASANG dan sebagai balasanya syarikat akan memberikan anda 1 KAD PERCUMA.


Anda boleh ambil sahaja kad yang benilai RM30.00 dan anda juga boleh jual semula kad yang anda dapat itu kepada rakan2 lain atau memakai sendiri..( saya menjual balik dan mendapat keuntungan!smile )


Seterusnya, 2 orang kawan tadi Najib dan Farah (nama kawan saya) masing-masing juga mencari pelanggan baru 2 orang kepada syarikat untuk menyewa server.


Syarikat juga akan memberikan 1 KAD PERCUMA kepada kedua-dua rakan saya tadi dan Najip mendapat 1 Kad PECUMA RM30.00 dan Farah juga akan mendapat 1 kad RM30.00 kerana rakan-rakan saya ini juga telah ada 1 pasang iaitu 2 orang saja !.


Dan yang menariknya..anda yang memperkenalkan tidak akan dilupakan begitu saja..kerana anda juga akan menerima KAD PERCUMA daripada syarikat. Kenapa? Ini kerana mereka berdua adalah cawangan anda. Anda adalah ibu pejabat kepada mereka.


Cawangan anda mendapat bonus, anda juga layak mendapat bonus..( Adil system ni sebenarnya). Kini anda akan mendapat tambahan 2 KAD PREPAID PRCUMA yang setiap satu bernilai RM30.. WOW! MUDAHNYA! Kad percuma anda telah menjadi 3 kad kesemuanya dan bernilai RM90 semuanya dan yang menariknya juga di sini tanpa anda sedari modal anda telah kembali dan kad seterus yang anda bakal perolehi adalah keuntungan anda dan selepas anda genap menerima ke semua 12 kad secara percuma...anda akan mendapat RM15 komisyen sehinggalah maksimum RM30,000.00 !



Dan begitula seterusnya, dua orang cawangan Najib juga masing-masing memperkenalkan 2 orang yang lain dan begitu juga 2 cawangan Farah masing-masing mencari juga 2 orang lain untuk bersama syarikat ini. Dan seterusnya..dan seterusnya.


Setiap 1 pasang yang berkembang di dalam cawangan anda, anda layak mendapat 1 kad percuma. Kiraan pasangan adalah 1 dari sisi kanan anda dan 1 dari sisi kiri anda.


Tidak kira siapa yang menaja, anda atau upline anda atau cawangan anda. Dan tidak kira di peringkat mana pasangan tersebut berkembang walaupun selepas cawangan anda yang ke 1000 terbawah, tetap akan dikira . Sila semak contoh kiraan PASANGAN untuk penerangan lebih terperinci.


Untuk bonus kad percuma, SYARIKAT HANYA AKAN BERIKAN UNTUK 12 pasang YANG PERTAMA SAHAJA.Usah bimbang, syarikat tetap akan berikan bonus untuk pasangan ke 13 dan seterusnya.


Bagi pasangan yang ke 13, syarikat akan berikan BONUS TUNAI sebanyak RM15.00 untuk 1 pasang yang berkembang dan inilah sebenarnya BONUS YANG DIKEJAR-KEJAR .. Mengapa?..


kerana bonus inilah yang akan menjadi PENDAPATAN BERTERUSAN mereka. Jika tahun ini BONUS TUNAI RM30,000.00 tahun depan selepas kesemuanya cawanganya memperbaharui akaun masing-masing, RM30,000.00 inilah akan kembali semula sebagai bonus untuk tahun seterusnya tanpa perlu bersusah payah lagi..ia akan berulang dan terus berulang setiap tahun.


Bagaimana pula kiraan BONUS TUNAI? Kiraan adalah lebih kurang sama dengan BONUS KAD PERCUMA. Hanya untuk 1 pasang, syarikat akan membayar RM15.00 berbanding 1 kad RM30.00..tak mengapa..biarlah orang bawah pula menikmati bonus tersebut kerana kita dah dapat 12 kad (12 x 30=RM360.00) dah balik modal dah tu smile.

Dan kiraan akan dibuat setiap hari sehingga maksima 16 pasang atau RM240.00. Jika pada hari tersebut ada 2 pasang, maka bonus akan dibayar RM150.00 pada hari tersebut. Dan jika hari berikutnya pula ada 21 pasang, maka syarikat hanya akan bayar Rm240.00 sahaja untuk 16 pasang sahaja.

Bonus akan dikira berterusan sehingga akaun anda telah mencecah RM30,000.00, ini adalah had MAKSIMA untuk 1 akaun anda. PERHATIAN: Anda sebenarnya boleh membuka lebih dari 1 Akaun dalam PERNIAGAAN ini dengan menggunakan nama , i.c dan no telefon yang yang sama. RM30,000.00 (TIGA PULUH RIBU RINGGIT) adalah had yang ditetapkan oleh syarikat.


Alasanya adalah sama seperti had RM240.00 sehari tadi. Iaitu bagi mengelakkan terlebih bayar. Selepas RM30 ribu, akaun anda akan dibekukan sementara dan semua ahli dalam kumpulan cawangan anda tidak akan hilang.


Dan ia akan dibuka semula tahun berikutnya selepas anda memperbaharui sewaan server anda sebanyak RM99 setahun dan kesemua ahli dalam cawangan anda kembali memberikan pulangan kepada anda.


Kenapa tak boleh lebih?? Ini kerana adalah bagi mengelakkan terlebih bayar. Jika syarikat tidak menghadkan pembayaran, IA SUDAH SAMA SEPERTI MACAM SISTEM PIRAMID!.


Dan syarikat tidak akan dapat bertahan lama. Ini kerana jumlah bonus yang perlu dibayar adalah melebihi dari jumlah modal yang diberikan oleh ahli kepada syarikat.


Itulah yang berlaku kepada system pyramid dan ramai yang kehilangan duit mereka begitu saja!, dan dengan itu membolehkan semua ahli akan merasa bonus. Tidaklah orang yang di atas sahaja yang sedap-sedap menikmati bonus, sedangkan orang di bawah seperti kita yang buat kerja.


INGAT! INI BUKAN SISTEM PIRAMID yang hanya menguntungkan orang di atas sahaja.


Dalam PERNIAGAAN INI tidak ada PANGKAT dan tidak ada MONOPOLI ..( apa lah yang ada pada pangkat..janji poket kita berisi dan boleh hidup dengan senang, tak banyak masalah dan jikalau dah senang esok ingatlah orang2 yang susah kerana bersedekah itu amat besar pahalanya..smile


Pada masa ini, syarikat yang menawarkan perkhidmatan reload card berasaskan konsep Multi-Network Marketing tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Walau bagaimanapun untuk pengetahuan anda sekalian syarikat ini adalah syarikat yang pertama di ASIA PACIFIC yang menjalankan perniagaan kad prepaid 24 jam melalui SMS dengan Sistem Networking Marketing untuk Malaysia dan Indonesia!


Ramai juga yang mengeluh kerana hanya mendapat maksima RM30,000 sahaja. Macammana nak kaya? Kalau anda nak lebih, boleh beli 3 lot atau lebih sebenarnya..(mengikut kemampuan anda).


Kalau 1 lot boleh mendapat RM30,000 Setahun, maka jika 3 lot anda boleh dapat sehingga RM90,000.00 (SEMBILAN PULUH RIBU RINGGIT).


Nak lebih lagi, masuklah 7 lot atau 15 lot..Atau anda berani untuk mengambil 30 lot? ( Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan saya mempunyai 36 lot semuanya yang saya beli berperingkat-peringkat. )


Insyaallah ada modal lebih lagi saya akan menambah kan lagi beberapa lot!..tak rugi…kad prepaid habis terjual. Tiada had maksima untuk membuka lot, janji ada modal..itu saja..tapi kalau tak mampu..beli saja 1 lot dah memadai kerana jikalau dah balik modal anda boleh menambah lagi lot pada bila-bila masa saja.


Dan BONUS YANG TERAKHIR adalah melancong ke luar Negara. Untuk tahun yang pertama ini, syarikat telah memilih Gold Cost, Australia sebagai tempat pelancongan pekerja yang telah bersusah payah bekerja selama ini untuk syarikat.


Siapa yang layak mendapat bonus ini? Kesemua ahli yang telah mendapat pulangan maksima RM30,000.00 secara automatik akan layak MELANCONG KE LUAR NEGARA. Jika anda ada 3 akaun dan ketiga-tiganya telah mencecah RM30,000.00 , maka anda layak mendapat 3 tiket ke luar Negara. Hadiah terakhir untuk penat lelah anda membantu syarikat.smile


Dan bonus yang anda perolehi akan di masukkan ke akaun tunai anda!. Melalui akaun tunai ini, anda boleh gunakan ia untuk membeli kad menaja orang lain ataupun untuk kegunaan perbelanjaan harian anda!. Dan anda juga boleh mengeluarkan wang tersebut. Kalau anda datang sendiri ke pejabat, anda boleh ambi tunai SERTA MERTA.


Jika anda jauh dari syarikat, anda boleh menghantar SMS ke server syarikat dan minta syarikat memasukkan wang tersebut ke akaun anda. Tidak kira mana-mana akaun Maybank, BCB, Hong Leong, Public Bank, Bank Mandiri dan Bank BCA ( Untuk warganegara Indonesia) dan lain-lain kecuali Bank Simpanan Nasional. Dalam masa 1-3 hari wang tersebut akan di masukkan terus ke akaun bank anda!.smile

No comments: