Wednesday, March 7, 2007

Papan kekunci fabrik dengan dua muka

DALAM masa semua orang hanya memberikan perhatian kepada telefon mudah alih yang canggih, sebuah syarikat komputer Eleksen memperkenalkan papan kekunci fabrik dua muka.

Papan kekunci yang nipis dan ringan amat mudah dibawa ke mana saja anda berada.

Apa yang lebih menarik, papan kekunci QWERTY boleh diterbalikkan bagi penggunaan di muka sebelah bagi kawalan media dan papan kekunci numerik.

Tetapi malangnya papan kekunci ini masih belum berada di pasaran kerana hanya dipamerkan semasa 3GSM World Congress di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

No comments: