Sunday, March 4, 2007

T100 dilengkapi prosesor Bionz





Kamera digital terkini model Cyber-shot siri T mampu ambil imej berkualiti pada kelajuan tinggi menerusi kuasa cip pemprosesan


SONY (Malaysia) Sdn Bhd (Sony Malaysia) memperkenalkan kamera digital Cyber-shot T100 yang dilengkapi prosesor pengimejan termaju Bionz, teknologi pengesanan muka dan definisi tinggi bagi menghasilkan imej berkualiti tinggi.

Dengan memanfaatkan prosesor pengimejan termaju Bionz, kamera digital terkini model Cyber-shot siri T mampu mengambil imej berkualiti pada kelajuan tinggi menerusi kuasa cip pemprosesan.

Pengguna boleh menikmati kualiti gambar tinggi berdasarkan resolusi definisi tinggi 1920 x 1080 yang boleh disalurkan menerusi kabel ke televisyen.

Teknologi pengesanan muka secara automatik mampu menghasilkan warna kulit secara semula jadi yang mampu mencantikkan imej, terutama membabitkan gambar individu atau berkumpulan.

Ketua Bahagian Pemasaran Produk Sony Malaysia, Taku Taguchi, berkata Cyber-shot T100 memiliki prestasi tinggi dan reka bentuk serta warna menarik.

“Kelebihan teknologi pengimejan Bionz dan definisi tinggi akan dapat meningkatkan tahap kualiti gambar ke peringkat lebih tinggi dan ia adalah teman baik yang dapat merakamkan semua detik manis bersama keluarga dan rakan,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara ciri utama pada kamera berkenaan ialah teknologi SuperSteady Shot yang mampu membetulkan setiap pergerakan gambar yang diambil bagi memastikan imej yang dihasilkan adalah tajam dan jelas.

Ia adalah serasi dengan unit GPS Sony bagi mengesan setiap foto yang diambil menggunakan perisian Imej Pergerakan Gambar.

Kamera berkenaan dilengkapi zoom optikal lima kali ganda serta resolusi 8.1 mega piksel.

Direka bentuk dengan ciri unik dan hebat, siri Cyber-shot T 100 boleh diperoleh dalam tiga warna menarik iaitu merah, hitam dan perak. Harga ditawarkan ialah RM1,699.

No comments: