Sunday, March 4, 2007

T9 menaip lebih cepat di telefon bimbit :)







BUTANG papan kekunci pada telefon bimbit tidak seperti butang papan kekunci komputer, kerana ruang kecil yang amat terhad. Oleh itu, satu butang terpaksa dikongsi dengan beberapa huruf.


Kita terpaksa menekan butang beberapa kali untuk mencari huruf yang dikehendaki. Ini melambatkan proses menaip maklumat apabila menggunakan telefon bimbit.

Sebagai contoh, untuk menaip perkataan “SAYA” butang nombor 7 perlu ditekan empat kali untuk mendapatkan huruf “S”, butang nombor 2 ditekan sekali untuk huruf A, butang nombor 9 perlu ditekan tiga kali untuk huruf “Y” dan butang nombor 2 ditekan sekali untuk huruf “A”.

Keseluruhannya, sembilan kali tekanan diperlukan untuk menaip perkataan “SAYA” yang hanya mengandungi empat huruf.

Sebenarnya kebanyakaan telefon bimbit mempunyai kemudahan meramal perkataan yang hendak ditaip dengan membandingkan susunan butang yang ditekan menerusi kamus yang tersedia di dalamnya.

Kemudahan meramal itu dinamakan T9. Ia wujud, tapi jarang digunakan kerana cara pengunaannya kurang difahami. Jika salah cara penggunaannya, kemudahan yang sepatutnya memudahkan ini, akan jadi menyusahkan pula.

Untuk mengaktifkan kemudahan T9, langkah berikut perlu dilakukan:

1. Masuk ke ruang menulis SMS

2. Tekan ‘Options’ > ‘Dictionary’ atau ‘Writing Language’

3. Pilih Malaysia

Apabila T9 sudah diaktifkan, ikon pensil di sebelah atas skrin SMS akan bertukar. (Tip: teknik mudah untuk mengaktifkan T9 ialah dengan menekan butang # dua kali dengan cepat, untuk menghentikan kemudahan T9 ini tekan butang # dua kali dengan cepat).

Untuk menaip “SAYA” di dalam mod T9, anda hanya perlu tekan butang 7-2-9-2. Tapi, sebelum perkatan “SAYA” dipaparkan anda mungkin dapat melihat perkatan seperti “Saw” dan “Sax” dipaparkan di skrin semasa menaip.

Jangan berhenti menaip kerana perisian T9 sedang cuba meneka perkataan apa yang mungkin anda ingin taipkan. Apabila keseluruhan perkataan yang anda ingin sudah dipaparkan, tekan butang “Space” untuk mengesahkan perkataan itu mulakan menaip perkataan baru.

Kemungkinan ada juga perkataan yang anda inginkan tidak dipaparkan walaupun sudah berhenti menaip keseluruhan perkataan, seperti perkataan “PARAS” apa yang dipaparkan adalah “PASAR”.

Jangan bimbang kerana terdapat perkataan yang sama bilangan huruf dan kedudukannya. Jika itu berlaku, anda hanya perlu menekan butang “*”. Jika perkataan yang seterusnya juga bukan perkataan yang anda inginkan, teruskan menekan butang “*” hingga perkataan yang anda ingin dipaparkan.

Jika perkataan yang anda inginkan tidak dipaparkan, mungkin disebabkan pemilihan Kamus Bahasa yang salah, atau kemungkinan ejaan perkataan dengan huruf yang salah.

Cuba tekan butang berikut selepas mengaktifkan kemudahan T9:

7352628 636247 336426 23728(*) ia sepatutnya akan mempaparkan perkataan “Selamat menaip dengan cepat”.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih atas info yang baik ini...!