Thursday, March 8, 2007

Nokia 3110 Classic lebih ringkas, bergaya



Walaupun syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Nokia mengeluarkan begitu banyak telefon mudah alih canggih selari dengan kemajuan teknologi tetapi mereka tidak meminggirkan golongan yang memerlukan telefon mudah alih mudah digunakan.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan telefon mudah alih yang ringkas, Nokia melancarkan model Nokia 3110 Classic.

Nokia 3110 Classic merupakan telefon mudah alih bagi mereka yang gemar menghubungi keluarga serta sahabat.

Naib Presiden Jualan Telefon Mudah Alih dan Operasi Pemasaran Asia Pasifik, Nokia, Alex Lambeek berkata, Nokia 3110 Classic memang agak klasik tetapi penuh bergaya.

Bagi mengikuti gaya terkini Nokia 3110 Classic dilengkapi dengan kamera 1.3 megapiksel, pemain muzik, Bluetooth, infrared serta radio FM stereo.

“Nokia 3110 Classic memberikan pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan telefon mudah alih pada harga mampu milik,’’ katanya.

Dengan Nokia 3110 Classic, pengguna boleh mendengar muzik kegemaran mereka bila-bila masa sama ada di dalam bas atau berjalan kaki.

Bagaimanapun Nokia 3110 Classic hanya akan berada di pasaran selewat-lewatnya pertengahan tahun ini dan harganya masih belum ditentukan.

Ciri utama
- 1.3 megapiksel kamera dengan rakaman video dan 8x digital zoom

- Pemain MP3, radio stereo FM dan video streaming

- Sambungan Bluetooth dan infrared

Perkhidmatan Data
- GPRS multishot class 10, sehingga 53.6 kpbs

- EGPRS multishot class 10, sehingga 236.8 kpbs

Profil teknikal
-- Sistem: EGSM 900/1800/1900

- Pengguna Antaramuka: Series 40 platform

- Dimensi: 108.5 mm x 45.7 mm x 15.6 mm (LxWxH)

- Isipadu: 72 cc

- Berat: 87 gram

- Masa menunggu: Sehingga 15 hari

- Masa berbual: Sehingga 4 hari

- Paparan: 128 x 160, 262 warna

- Bateri: BL-5C

No comments: