Thursday, March 8, 2007

Teknologi Nokia pantas mendepani masa



Semasa majlis Showcase Nokia 2007 yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini, Nokia memperkenalkan tiga model ESeries terbarunya.

Model yang paling menarik - Nokia E90 Communicator - kali kedua dilancarkan selepas dua tahun lalu.

Kedua model E65 gelongsor tidak kurang menarik serta E61i yang memudahkan penghantaran e-mel.

Ketiga-tiga Nokia E90 Communicator, Nokia E65 dan Nokia E61i menyokong e-mel serta boleh beroperasi di mana-mana saja anda berada.

Semua model berkenaan menggunakan quadband GSM dan frekuensi rangkaian 3G serta menyediakan data jalur lebar wayarles pantas dengan 3G WCDMA (Wideband CDMA) dan WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles).

Nokia E90 Communicator menetapkan piawai pengalaman pejabat mudah alih yang tidak boleh dipertikaikan.

WLAN dan HSDPA mampu mempertingkat sambungan 3G yang pantas dan murah membolehkan pemindahan data cepat dan mudah sama seperti di pejabat.

Model yang dilengkapi dengan sistem kedudukan global (GPS) dan aplikasi peta Nokia memudahkan pengguna mencari arah dalam perjalanan.

Bagi kemudahan peribadi, Nokia E90 Communicator dilengkapi dengan radio FM, pemain muzik, video dan dua kamera - 3.2 megapiksel dengan lampu limpah (flash) dan kedua untuk persidangan video.

Model E65 bentuk gelongsor nipis mempunyai keupayaan mobiliti bisnes hampir sama seperti Nokia ESeries yang lain.

Dilengkapi dengan Active Standby dan One Touch Keys, Nokia E65 memang memudahkan pengguna.

Nokia E65 juga menjalinkan usahasama dengan sistem telefon korporat misalnya Nokia Intellisync Connect bagi Cisco, Nokia Intellisync bagi Alcatel dan Avaya one-X Mobile Edition bagi penyelesaian Nokia.

Nokia E61i pula direka khas bagi pengguna e-mel dengan lampiran, manakala papan kekunci dengan reka bentuk Navi dan kekunci Satu Sentuh memberikan pengalaman baru kepada pengguna.

Model ini juga menyokong penyelesaian e-mel mudah alih korporat seperti Nokia Intellisync Wireless Email, Good Mobile Messaging, Mail for Exchange, Seven Mobile Mail, BlackBerry Connect dan penyelesaian e-mel yang popular di kalangan pengguna.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, model ini dilengkapi dengan kamera berkualiti tinggi 2 megapiksel, pemain muzik dan pemain video.

Ketiga-tiga model akan berada di pasaran Malaysia selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

Model terbaru E Series Nokia E90 Communicator

Ciri utama:

* sambungan jalur lebar pantas

* Mobile Office yang mudah dan bersepadu

* GPS bina dalam dua kamera

* Paparan horizontal dalaman lebih luas dan paparan luas yang besar.

No comments: