Wednesday, March 7, 2007

Promosi hebat minggu digital di Mid Valley

BERSEMPENA kempen siber yang menjadi antara acara menarik diketengahkan menerusi Tahun Melawat Malaysia 2007, Mid Valley Megamall Sdn Bhd (Mid Valley Megamall), pusat beli belah di Lembah Klang mengadakan Promosi Minggu Digital bermula 7 Mac ini selama lima hari.

Promosi dengan bertemakan 'objek yang diingini' (Objects of Desire) itu diadakan di lapangan tengah (Centre Court), tingkat bawah (Ground Floor) pusat beli belah terbabit.

Penggemar kelengkapan produk komputer berpeluang untuk mengunjungi gerai Acer di pintu masuk Timur Atrium apabila mereka berpeluang melihat sendiri kualiti yang diketengahkan menerusi monitor LCD Acer yang disahkan untuk menyokong Windows Vista yang sudah diuji di makmal kualiti perkakasan Windows (WHQL).

Di sebelah utara lapangannya pula, pusat beli belah itu menawarkan pelbagai produk komunikasi kepada pengunjungnya seperti telefon mudah alih yang berasaskan teknologi terkini untuk segmen pengguna pelbagai.

Malah, antara produk yang bakal ditampilkan adalah telefon mudah alih 'Walkman' Sony Ericsson, W950i, Nokia siri N dan Samsung Edisi Ultra 2

Penyertaan Digi dan maxis membolehkan pengunjung untuk mendapat khidmat nasihat profesional berhubung penyelesaian terbaik bagi rangkaian sambungan kelengkapan mudah alih mereka.

Selain itu, promosi terbabit turut mengetengahkan pelbagai produk kamera dan permainan konsol seperti Nintendo Wii, Nintendo NDS Lite, Game Boy, PSP, Playstations 3 serta X Box 360.

Pengunjung juga boleh menyertai pertandingan 'Most E-Cards Sent' dan berpeluang memenangi, komputer notebook pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi pengesahan muka iaitu Lonovo Y300.

Hadiah lain yang turut ditawarkan adalah komputer poket kesediaan 3G pertama O2 yang dilengkapi papan kekunci gelungsur, Telefon DECT skype tahun Melawat Malaysia edisi pertama Aztech dan lightning isolator daripada CAL-LAB.

No comments: